RUMUSAN
Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional tanah air sendiri.Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta.
Selepas kajian ini, saya lebih menghayati keunikan permainan ini. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah.Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami adat_adat permainan dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-hormati natara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antarakaum.
Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysia.
ORANG SUMBER
BIODATA
NAMA :
NO KP :
T/TINGGAL :
TARIKH LAHIR :
UMUR :
PEKERJAAN :
AGAMA :
DIALOG
A : Assalamualaikum.. Encik B
B : Waalaikumsalam
A : Encik, dari manakah asal usul permainan wau ini?
B : Permainan wau ini berasal dari negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.
A : Bilakah permainan wau dimainkan?
B : Permainan wau ini dimainkan sejak kurun ke 15.
A : Apakah alat-alat yang digunakan untuk membuat wau?
B : Buluh, kertas warna, gunting, benang, pisau raut, tali dan gam.
A : Bagaimanakah cara memainkan wau?
B : Wau dimainkan oleh dua orang iaitu terdiri daripada seorang tukang tarik
dan seorang tukang anjung. Tukang tarikh akan memegang tali dan berdiri di atas angin sementara tukang anjung pula akan memegang wau dan berdiri di bawah angin. Apabila tiba masa yang sesuai, tukang anjung akan melambung wau ke udara serentak dengan itu, tukang tarik akan menarik tali dengan mengejut supaya wau meluncur naik ke udara.
A : Bagaimanakah wau dipertandingkan?
B : Melalui kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan keindahan naiknya
menjadi perhatian dalam setiap pertandingan
A : Terima kasih Encik Razali kerana member maklumat yang
berguna untuk kerja kursus saya.
B : Sama-sama.
Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan?
RUJUKAN
• Haji Aziz Deraman, Wan Ramlee Wan Muhammad, 1994, Permainan tradisi orang Melayu, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
• Majalah 3, 2008-Wau.
• Supian Bin Muhammad Noor, 2004, Bahasa Melayu Tingkatan 3, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Wan Hasmah Binti Wan Mamat, 2005, Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Selangor : AG Grafik Sdn Bhd.
• “Brief History of the Kite.” http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html. 12 Oct. 2004“Dikir Barat”. http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec. 2004“Ekite model.” eKITE Website. http://www.e-kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004“Filigree.”
2.7.08
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan